Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan
tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu
hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam
dirinya.
Cinta itu adalah perasaan
yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun
yang turun dari langit,bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang
berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah
oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong
dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah
yang subur,di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi
pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.~ Hamka
Kata-kata
cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu
melumatkan seluruh jiwa raga, manakala kata-kata cinta yang lahir dari
hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang
mendengarnya.
Kamu tidak pernah tahu
bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah
dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa
tanda tanya dihatinya
Cinta bukanlah kata murah dan lumrah
dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang
indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.
Bukan
laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika
perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak
pernah merindu dan cemburu.
Bercinta
memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh
orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.